Wednesday 15 December 2010

SIKAP JURUGAMBAR @ FOTOG

Sekarang dah terlalu ramai orang mampu miliki sebuah kamera yang canggih dengan harga yang murah. Ade je seorang budak sekolah yang beli 5D mark2 sbg kamera pertamanya, sangat bertuah budak tu dilahirkn dalam sebuah keluarga yg kaya. Tp itu bukan masalahnya skrg, aku xkisah pun kalo ramai fotog, lantak le diorg nak beli kamera mahal tara mana pun, aku xpenah ambik kesah sbb kamera buruk pun mampu hasilkn gambar sampai hari ni..:)


Ape yg aku nak tekankan kali ni ialah sikap dan perangai jurugambar. Apa yg paling penting sebagai seorang jurugambar?


Kamera?

Lens?

Flashlight?

Pakej?

Komposisi?

Editing?


Semua tu xpenting mana pun jika nak dibandingkan dgn sikap dan perangai. Dan sikap yang paling penting adalah MENEPATI MASA !


berapa ramai fotog yg mampu menepati masa? Xkesah la yg dah lama or yg baru, tp sila la jawab berapa ramai yg tepati masa?


Berapa ramai fotog yg bleh dtg tepat pd waktunya bila ada outing n workshop? Mesti ada gak yang lambat walaupun dah diberitahu berjuta kali supaya SILA DATANG AWAL..


Kalo yg baru nak jd fotog, tolong la bermula dgn tepati masa sbb kalo dari mula xdiajar ttg disiplin masa, maka smpai ke tua la akan jd ORANG PALING LEMBAB dalam ape program pun..


Bg yg dah lama dlm bidang ni, cuba la ubah sikap dan perangai tu ye, sbb org xsuka perangai lambat dan melambatkan majlis org lain.

Jgn bandingkan diri kita dgn org lain dan jgn sesekali bercakap “ada je org yg dtg lebih lambat dari aku”. diorg lambat tu hal diorg, tp kita ubah la diri kita dulu ..nape nak bandingkan diri kita dgn org lain?


Kalo terer tara mana pun, kalo dah popular smpai ke planet marikh sekalipun, tepatilah masa..kalo korg ada perjumpaan dgn ALIEN MARIKH sekalipun, diorg akan penampor je muka kalo korg lambat..


Dalam diri ORANG YANG TIDAK MENEPATI MASA, ada pelbagai perangai jahat antaranya:

- Menipu (bg alas an mcm2)

- Mulut jahat (maki2 orang pas kena marah)

- Sambil lewa

- Xreti bahagi masa

- Xreti bezakan baik dan buruk

- SEMBAHYANG LEWAT WAKTU

- Dan mcm2 lg perangai mazmumah..:)


BERUBAHLAH WAHAI RAKAN2 JURUGAMBAR..nnt nak jumpa klien, kalo lmbt sikit, dia dah bleh agak cmne perangai u all la..kalo aku jumpa dgn fotog yg tidak tepati masa ni sbg fotog aku khwin nnt, aku dah lama reject walau cntik mana pun gmbr yg dia hasilkan..


Wassalam..:)

No comments:

Post a Comment